Tuesday, May 25, 2010

Sambutan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah

Pada 12 Mei 2010 yang lalu, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) SMK Tinggi Kajang telah mengadakan sambutan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia peringkat sekolah. Sambutan ini telah berlangsung di makmal Fizik SMK Tinggi Kajang yang bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 4.00 petang.

Majlis sambutan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia peringkat sekolah ini dimulai dengan pengedaran salinan keratan akhbar mengenai sejarah dan khidmat sukarelawan Palang Merah di Afghanistan. Keratan akhbar tersebut mengulas pengalaman sukarelawan Rudina, 32 tahun dari Albania yang pernah berkhidmat di Afghanistan. Selepas itu En. N. Murugan, guru penasihat Bulan Sabit Merah Malaysia SMK Tinggi Kajang telah memberikan ucapan ringkas diikuti dengan acara pemotongan kek beramai-ramai serta nyanyian lagu Bulan Sabit Merah Malaysia. Jamuan ringan turut disediakan bagi para guru dan pelajar yang telah hadir.

Dalam majlis yang sama, guru-guru praktikal iaitu Cik Nora dan Cik Jacobina yang juga merupakan guru penasihat BSMM SMK Tinggi Kajang yang bakal menamatkan latihan praktikal turut diraikan bagi menghargai jasa mereka sepanjang tempoh mereka bertugas di sekolah ini.

Dengan ini, dirumuskan bahawa BSMM telah melakukan pelbagai aktiviti dan khidmat masyarakat di seluruh dunia tanpa mengira kaum, agama dan negara. Sesungguhnya belia masa kini harus melibatkan diri dengan lebih aktif dan progresif dalam pergerakan kemasyarakatan sebigini bagi melahirkan generasi yang lebih prihatin dan seterusnya meningkatkan kesedaran terhadap aktiviti kemanusiaan.

No comments:

Post a Comment